Pelatih Industri Pencipta Konten

Bina karier anda bersama TIMORRA. Rebutlah peluang ini untuk menyertai sebahagian dari pasukan kami.

Pelatih Industri Pencipta Konten

Rekaan & Dekorasi
Tetap - Sepenuh Masa
Kuantan, Pahang
< RM 1,500

Kelayakan Yang Diperlukan

  • Komited untuk tempoh minimum 3 bulan
  • Dengan minimum 3.0 PNGK
  • Sedang mendaftar dalam program ijazah yang berkaitan berkaitan Seni Kreatif Persembahan Teater, Komunikasi dan Media, Komunikasi Reka Bentuk Visual, Multimedia, Perhubungan Awam.
  • Pemahaman asas prinsip media sosial dan multimedia.
  • Kemahiran menggunakan perisian Adobe, Canva atau perisian kreatif lain.
  • Semangat untuk belajar dan mengambil inisiatif dalam suasana profesional.

Deskripsi Tugas

  • Melaksanakan kerja-kerja cipta konten media sosial syarikat dengan menghasilkan bahan konten digital termasuk kerja merancang, rakaman dan penyuntingan
  • Membangunkan kandungan media sosial sejajar dengan sasaran pemasaran jangka pendek dan jangka panjang
  • Merancang pengeluaran konten bagi semua kempen komunikasi pemasaran syarikat selari dengan mesej yang syarikat ingin sampaikan berdasarkan panduan jenama syarikat
  • Melaksanakan hasil kerja dihantar tepat pada masanya dan memenuhi piawaian kualiti
  • Membantu bersama pada semua kempen yang dilancarkan
  • Bekerjasama rapat dengan pasukan jualan produk dan servis, pasukan pengurusan bahagian dan pasukan pengurusan tinggi
  • Menterjemah penyelidikan kepada idea dan reka bentuk yang boleh dilaksanakan yang akan memuaskan hati pengguna
  • Sumbangsaran idea menggunakan lakaran tangan, isyarat lisan, perkataan dan perisian konten digital
  • Menganalisis arah aliran (trend) konten media sosial semasa dan menentukan keberkesanan dan memberikan penambahbaikan kempen media sosial
  • Membantu penyelia bahagian dalam mengurus dan mempromosikan akaun media sosial, memastikan pelancaran produk dan servis baharu syarikat dikemas kini, penulisan iklan untuk penerangan dan siaran produk dan servis syarikat
  • Sumbang saran kandungan media sosial untuk menjadi sebahagian daripada strategi penerbitan kandungan dan usaha pemasaran bermusim.
  • Ikuti perkembangan terkini dan jana idea baharu untuk menarik bakal pelanggan
  • Membuat suntingan video berdasarkan keperluan berbeza dari semasa ke semasa dan mengikut piawaian dan garis panduan syarikat
  • Melaksanakan sebarang tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan
Jawatan
Bahagian
Status Jawatan
Pembantu Operasi
Tetap - Separuh Masa
Mohon
Pembantu Operasi Pencipta Konten
Tetap - Sepenuh Masa
Mohon
Pelatih Industri Akauntan
Latihan Industri
Mohon