Kesilapan Nombor 1 Yang Pengantin Buat Semasa Majlis Kahwin

29/5/2024 12:23

Setiap pasangan pengantin pasti mengimpikan majlis kahwin yang indah dan sempurna. Namun dalam kekalutan dalam menguruskan setiap butiran majlis, ada malanga tidal lari dari melakukan kesilapan semasa majlis sedang berlangsung. Akhirnya membuatkan kita rasa ralat dan menyesal setelah majlis selesai.

Selalunya ini berlaku kerana kesilapan ini dibuat oleh pasangan pengantin sendiri. Jadi bagi mengelakkan ianya berlaku dan kami harapkan ianya dapat membantu anda sebagai bakal pengantin untuk elakkan kesilapan ini daripada berlaku.

Tiada Koordinator Majlis Dalam Sebuah Majlis Perkahwinan

Kesilapan ketiadaan koordinator majlis perkahwinan anda dapat menjadikan anda sebagai pasangan pengantin menjadi kalut dan tidak terurus. Dengan adanya koordinator yang berada di majlis anda sejak mula hinga akhir majlis dapat melancarkan urusan aturcara hari istimewa anda. Antara tugas koordinator majlis adalah :

Koordinator

Memastikan setiap pergerakan majlis serta protokolnya berlangsung dengan teratur seiring dengan atucara dari awal sehingga akhir majlis.

Floor Manager

Menguruskan keseluruhan perjalanan aturcara majlis perkahwinan anda termasuk kedudukan ahli keluarga, para jemputan anda dan kelengkapan majlis yang sedang berlangsung.

PIC Pengantin

Menguruskan pasangan pengantin dengan memastikan pengantin dalam keadaan yang baik dan tenang sepanjang majlis.

PIC Emcee

Menguruskan emcee dengan memberikan panduan perjalanan majlis bagi setiap pengumuman dan pengacaraan dalam majlis.

Runner

Membantu krew majlis untuk memastikan kelengkapan dan keperluan semasa majlis tersedia dan lancar untuk aturcara majlis.

Penyambut Tetamu

Bertanggungjawab untuk menyambut para tetamu, menguruskan proses daftar masuk dan daftar keluar dengan cekap, memberi maklumat tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh lokasi majlis, dan menyelesaikan persoalan tetamu dengan penuh sopan dan membantu.

Itu sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga ianya menjadi manfaat yang baik bagi pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Baca Artikel Lain

Baca dan kongsi pada yang lain.

Bobby Abang Timorra
Online
Salam.
Bagaimana saya boleh bantu anda hari ini?
Mula Chat Whatsapp

Dalam Penyelenggaraan.